Friday 16 December 2011

Soalan - soalan bagi tajuk Syirik

Assalamualaikum semua ? ustazah harap anak murid ustazah sihat. Di sini ustazah ada membuat beberapa soalan bagi tidak melupakan pelajaran yang lepas. Ustazah hendak murid - murid menjawab semua soalan yang ustazah beri ini dengan betul, jika ada yang tidak tahu, murid - murid boleh rujuk pada blog ustazah. Latihan ini kamu semua akan hantar pada kelas ustazah yang akan datang.

Jawab semua soalan.

1. Berikan pengertian syirik ?

2. Syirik terbahagi kepada dua. Sebutkan bahagian syirik tersebut dengan betul ?

3. Senaraikan perkara yang boleh membawa kepada syirik ?

4. Senaraikan contoh - contoh syirik yang terdapat di dalam blog.

5. Bagaimanakah cara mengelak perbuatan syirik ?


                                 - SELAMAT MENJAWAB -

Tujuan Allah Mengurniakan Mukjizat kepada Para Rasul ialah untuk :

  1. Membuktikan kebenaran para Rasul  
  2.  Menguatkan ajaran yang dibawa
  3. Melemahkan dan menghalangkan musuh yang menentang
  4. Untuk menarik minat orang ramai yang kurang tajam akal fikirannya, supaya mempercayai kenabian dan kerasulan seseorang pesuruh Allah.
  5. Untuk menghindarkan orang ramai daripada mendapat dakyah-dakyah nabi palsu yang cuba mengaku dirinya sebagai Nabi atau Rasul.
  6. Untuk menolong Rasul-Rasul menjalankan tugas dengan sempurna, berhadapan dengan penentang dan musuh islam.

Mukjizat Para Nabi dan Rasul

Berikut ini adalah beberapa contoh mukjizat para nabi dan rasul Allah SWT:

* Daud - memiliki suara merdu sehingga makhluk lain pun ikut bertasbih bersamanya, sanggup berbicara dengan burung, dan berhasil mengalahkan Jalut seorang prajurit raksasa dari negeri Filistin, sanggup melunakkan besi dengan tangan kosong. 
* Ibrahim - tidak hangus dibakar, karena api yang membakarnya berubah menjadi dingin. 
* Yusuf - memiliki ketampanan luar biasa dan mampu mentakwilkan mimpi - mimpi. 
* Shaleh - unta betina yang tidak boleh disembelih, sebagai hujjah atas kaumnya.
* Yunus boleh hidup di dalam perut ikan nun selama tiga hari. 
* Sulaiman - boleh berbicara dalam bahasa haiwan, menguasai bangsa jin, mampu menundukkan angin, memiliki permadani yang terbuat dari sutera hijau dengan benang emas dengan ukuran 60 mil panjang dan 60 mil lebar. 
* Musa mempunyai tongkat, tangan, belalang, kutu, katak, darah, taufan, laut, dan peristiwa-peristiwa di Bukit Thur. 
* Isa - berkemampuan menyembuhkan orang buta, menyembuhkan penderita kusta dan menghidupkan orang mati.
* Muhammad -  Isra dan Mi’raj, membelah bulan untuk membuktikan kenabiannya terhadap orang Yahudi, bertasbihnya kerikil di tangannya, batang kurma yang menangis, pemberitaan Muhammad tentang peristiwa-peristiwa masa depan ataupun masa lampau, tetapi mukjizat yang terbesar adalah Al-Qur’an.

Pengertian Mukjizat

Mukjizat merupakan kejadian atau kelebihan di luar akal manusia yang tidak dimiliki oleh siapapun, kerana mukjizat hanya dimilki oleh para rasul yang diberikan oleh Allah kepada para rasul-Nya. Sedangkan apabila ada seseorang yang memilki sesuatu yang luar bisa itu tidak bisa dikatakan sebagai mukjizat melainkan karomah. Kemudian ada pula istilah irhasat dan khawariq, irhasat adalah pertanda yang terjadi untuk menunjukkan tanda kelahiran seorang nabi (sebelum kenabian). Sedankan khawariq adalah kejadian yang terjadi dalam keadaan yang luar biasa.


Mukjizat biasanya berisi tentang tentangan terhadap hal-hal yang sedang menjadi pada zaman diturunkannya mukjizat tersebut. Misalnya pada zaman Musa, yang sedang terjadi adalah ilmu sihir maka dengan mukjizat tongkat Musa bisa berubah menjadi ular dan mengalahkan ilmu sihir orang lain yang ada di sekitarnya. Juga pada zaman Isa,yang sedang berkembang adalah ilmu kedoktoran dan perubatan, maka pada saat itu mukjizat Isa adalah bisa menghidupkan orang yang sudah meninggal yang merupakan puncak dari ilmu perubatan.

Demikian juga pada zaman Muhammad, yang sedang berkembang adalah ilmu sastra. Maka disaat itulah diturunkan Al-Qur’an sebagai mukjizat Muhammad. Nabi yang pada saat itu tidak bisa membaca dan menulis tapi boleh menunjukkan Al-Quran yang diyakini oleh umat Muslim, memiliki nilai sastra tinggi, tidak hanya dari cara pemilihan kata-kata tapi juga kedalaman makna yang terkandung di dalamnya sehingga Al-Quran dapat terus digunakan sebagai rujukan hukum yang tertinggi sejak zaman masa hidup nabi sampai nanti di akhir zaman.

Soalan - soalan bagi tajuk Sami'yat

Hari ini ustazah ada soalan bagi murid - murid. Semua anak murid ustazah sudah bacakan tajuk sami'yat? Jika muri - murid tidak tahu,kamu semua boleh rujuk pada blog pendidikan ustazah ini. Di sini ustazah akan memberi beberapa soalan, dan kamu semua jawab didalam kertas. Bila kelas ustazah ada nanti hantar pada hari tersebut.

1.  Apakah pengertian sami'yat ?

2.  Berikan beberapa contoh - contoh sami'yat ?

3.  Wajib bagi seseorang muslim percaya pada hari kiamat, 
sila berikan hikmah beriman pada hari kiamat ?

4.  Apakah kesan jika kita tidak beriman kepada sami'yat ?

5.  Pilih yang manakah betul.

A. Alam barzah - alam kubur    

B. Mizan - alat timbangan amalan  

C. Masyar - tempat berkumpul semua orang

D. Sirat - siksaan bagi orang yang melakukan dosa

Tuesday 6 December 2011

Kesan Tidak Beriman kepada Sam'iyat

Ia dikenali dengan perkara ‘sam’iyat’ iaitu perkara yang hanya diketahui melalui perkhabaran, tidak dapat dilihat oleh mata dan tidak terfikir akal. Beriman kepada alam ghaib adalah ciri orang beriman.

Allah berfirman yang bermaksud: “Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (mengenai datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang beriman kepada perkara ghaib dan mendirikan solat serta membelanjakan sebahagian daripada rezeki yang kami berikan kepada mereka.”

Walaupun ada sesetengah agama mempercayai adanya kebangkitan selepas kematian di alam roh tetapi mereka menyeleweng daripada konsep dipegang Islam. Sebahagian lagi terus kufur dan menolak kerana mereka berdasarkan logik serta akal fikiran semata-mata, menganggap bahawa hidup hanya di atas dunia ini saja.

Golongan itu dijelaskan Allah dalam firman yang bermaksud:
“Dan tidakkah manusia fikirkan bahawa Kami jadikan dia dari setitik mani, tetapi tiba-tiba ia (jadi) pembantah yang nyata.” – (Surah Yasin, ayat 77)

Jika ia beriman dan beramal salih, maka diberikan taufik oleh Allah menjawab persoalan dengan mudah. Kemudian dibuka baginya pintu syurga dan diperlihatkan syurga ke atasnya dan berbahagialah dia sehingga hari kiamat. Namun jika orang itu kafir atau munafik, mereka akan menjawab tidak tahu. Lalu akan menerima seksaan kubur yang dahsyat. Suara teriak mereka dapat didengar oleh makhluk lain kecuali manusia dan jin.

Persoalan kubur tidak terkecuali bagi setiap orang yang meninggal dunia sama ada mereka mati di bumi, laut atau angkasa. Mengenai gambaran azab dan seksa kubur itu dalam pelbagai cara seperti dijelaskan ulama.

Alam sesudah mati ini memberi peringatan bahawa tidak selamanya kita akan kekal di muka bumi ini. Lambat laun kita juga mengikut jejak langkah mereka yang dulu menempuh alam barzakh. Semoga ia memberi keinsafan kepada kita untuk menyediakan bekalan terbaik untuk bekalan akhirat.

Kesimpulan yang boleh dibuat manusia di dunia ini diklasifikasikan dalam tiga golongan iaitu mereka yang beriman dengan adanya alam ghaib melalui as-samiyat, percaya ada alam ghaib berdasarkan kepercayaan dan kufur dengan alam ghaib.

Contoh2 Perkara Sam’iyat:

1. Alam Barzah - alam kubur

2. Soalan kubur - soalan yang ditanya oleh malaikat munkar dan nakir

3. Nikmat kubur : nikmat kepada orang yang mentaati perintah Allah

4. Azab kubur : siksaan kepada orang yang banyak melakukan dosa
 
5. Mahsyar : tempat berkumpul selepas dibangkitkan semula
 
6. Mizan : Alat timbangan amalan
 
7. Sirat : titian yang merentangi neraka untuk memasuki ke syurga
 
8. Syurga : tempat ganjaran bagi orang yang mentaati perintah Allah
 
9. Neraka : tempat siksaan bagi orang yang melanggar perintah Allah

5 Tujuan-Tujuan/Hikmat beriman kepada Hari Qiamat:

1.Untuk menunjukkan keagungan Allah

2.Supaya manusia berbuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan

3.Supaya manusia sedar bahawa hidup didunia hanya sementara dan yg kekal abadi ialah di akhirat.

4.Supaya manusia tabah dan tidak putus asa dengan dugaan kerana dia yakin bahawa dia akan mendapat balasan baik di akhirat kelak

5.Supaya manusia beriman dan bertakwa kepada Allah dengan khusyu dan tawaddu'

6.Menguji keimanan manusia dengan perkara-perkara samiyat

Perkara Sam'iyat

Pengertian Sam’iyat ialah perkara yang tidak dapat digambarkan dengan pancaindera manusia dan hanya dapat diketahui melalui al-quran dan al-hadis. Samiyat ialah perkara yg ghaib yg dijadikan oleh Allah yang didengar daripada rasulullah melalui Al-Quran dan Hadith dan kita terus sahaja mempercayainya kerana akal fikiran manusia tidak dapat memikirkn hakikatnya.
Dalil kewajipan beriman dengan perkara sam’iyat seperti firman Allah yang bermaksud:
” (Orang yang bertaqwa) ialah orang yang beriman dengan perkara-perkara ghaib” - surah al baqarah
Contoh Samiyyat: Alam kubur, Neraka, Syurga,Mizan, Siratul Mustaqim  dan sebagainya