Saturday, 26 November 2011

bahagian syirik



Syirik Akbar Jali (terang) dan Khafi (tersembunyi)


      Syirik Akbar terbahagi kepada dua iaitu Syirik Akbar Jali (terang) dan Syirik Akbar Khafi (tersembunyi). Syirik akbar yang terang ialah beribadah kepada satu tuhan atau beberapa tuhan di samping Allah SWT sama ada tuhan tersebut berbentuk objek seperti  matahari, bulan atau benda mati seperti berhala atau batu ataupun tuhan tersebut berbentuk binatang seperti anak lembu atau bapak lembu atau tuhan yang berbentuk manusia seperti Firaun yang mendakwa dirinya tuhan.




  •   Syitik AKbar Khafi
        Syirik ini berlaku dalam bentuk percampuran antara amalan yang berunsurkan kekufuran dengan amalan yang berunsurkan Islam serta dicampur dengan kepercayaan karut marut berkaitan kekuasaan sesuatu benda yang menyerupai kuasa Allah SWT. Percampuran ini menyebabkan kecelaruan dalam akidah seseorang kerana hak-hak Allah SWT diberikan atau dikongsikan kepada makhluk-makhluk ciptaan Allah seperti kekuasaan, pengabdian, pertolongan perlindungan, keikhlasan, sifat-sifat kesempurnaan dan sebagainya. Perkara-perkara ini jika tidak diteliti menyebabkan seseorang terjerumus dalam perangkap syaitan dan dibimbangi pelakunya mati dalam keadaan kufur kepada Allah SWT jika tidak sempat bertaubat.


     Contohnya bersumpah dengan yang lain daripada Allah seperti bersumpah  dengan nama nabi, Kaabah, wali, orang-orang soleh dan sebagainya. Ini  kerana manusia hanya layak bersumpah dengan nama Allah sahaja. Bersumpah dengan nama-nama makhluk adalah tidak layak bagi manusia kerana dikhuatiri ia menyamakan makhluk dengan penciptanya. Manakala amalan-amalan yang turut membawa kepada syirik akbar adalah seperti memakai tangkal dengan tujuan menolak kemudaratan atau mendatangkan sesuatu keuntungan dengan pergantungan kepada tangkal tersebut, menggunakan jampi mantera yang mengandungi permohonan pertolongan atau perlindungan daripada selain Allah, mempercayai ramalan ahli nujum atau mengamalkan ilmu nujum, bernazar kepada selain Allah, terlalu mengagungkan sesuatu sama ada nabi, rasul, tempat-tempat tertentu atau objek tertentu sehingga menyamai salah satu sifat Allah SWT dan amalan-amalan lain seumpamanya.
     


  •  Syitik Asghar




 Ianya adalah di antara jenis-jenis dosa besar bahkan lebih besar di sisi Allah daripada dosa-dosa besar yang lain.
    
       Syirik asghar adalah syirik yang tersembunyi kerana kadang kala tidak disedari oleh orang yang melakukan perkara tersebut. Syirik ini banyak bersangkutan dengan amalan hati seseorang. Ia terjadi apabila sesuatu amalan ketaatan dikerjakan dengan niat yang tidak ikhlas kerana Allah SWT seperti hanya menunjuk-nunjuk kepada orang ramai, mendapat pujian dan sanjungan bagi sesuatu tujuan seperti perniagaan dan perkahwinan serta tujuan-tujuan yang seumpamanya.

        Melihat kepada situasi hari ini, ternyata amalan mensyirikkan Allah sama ada syirik jali atau khafi berlaku secara sedar atau tidak. Walaupun daripada kalangan orang Islam tidak menyembah berhala, tetapi mereka terdedah kepada perbuatan syirik. Gejala syirik khafi tidak kurang hebatnya dengan berleluasanya gejala riak, beramal untuk manusia, perasaan dengki, mengharap redha manusia, bermuka-muka, tidak ikhlas, tathoyyur (merasa sial kerana melihat sesuatu), meninggalkan solat kerana malas, menandakan amalan syirik memang menguasai hidup umat Islam kini.

2 comments:

et_eleh said...

bnyak yg
x tau...

Eyza Haniza said...

tak mengape..nnt sy tmbh lg ttg bhgian2 syirik..ad byk bhgian2 syirik... :)

Post a Comment