Friday 16 December 2011

Soalan - soalan bagi tajuk Syirik

Assalamualaikum semua ? ustazah harap anak murid ustazah sihat. Di sini ustazah ada membuat beberapa soalan bagi tidak melupakan pelajaran yang lepas. Ustazah hendak murid - murid menjawab semua soalan yang ustazah beri ini dengan betul, jika ada yang tidak tahu, murid - murid boleh rujuk pada blog ustazah. Latihan ini kamu semua akan hantar pada kelas ustazah yang akan datang.

Jawab semua soalan.

1. Berikan pengertian syirik ?

2. Syirik terbahagi kepada dua. Sebutkan bahagian syirik tersebut dengan betul ?

3. Senaraikan perkara yang boleh membawa kepada syirik ?

4. Senaraikan contoh - contoh syirik yang terdapat di dalam blog.

5. Bagaimanakah cara mengelak perbuatan syirik ?


                                 - SELAMAT MENJAWAB -

Tujuan Allah Mengurniakan Mukjizat kepada Para Rasul ialah untuk :

  1. Membuktikan kebenaran para Rasul  
  2.  Menguatkan ajaran yang dibawa
  3. Melemahkan dan menghalangkan musuh yang menentang
  4. Untuk menarik minat orang ramai yang kurang tajam akal fikirannya, supaya mempercayai kenabian dan kerasulan seseorang pesuruh Allah.
  5. Untuk menghindarkan orang ramai daripada mendapat dakyah-dakyah nabi palsu yang cuba mengaku dirinya sebagai Nabi atau Rasul.
  6. Untuk menolong Rasul-Rasul menjalankan tugas dengan sempurna, berhadapan dengan penentang dan musuh islam.

Mukjizat Para Nabi dan Rasul

Berikut ini adalah beberapa contoh mukjizat para nabi dan rasul Allah SWT:

* Daud - memiliki suara merdu sehingga makhluk lain pun ikut bertasbih bersamanya, sanggup berbicara dengan burung, dan berhasil mengalahkan Jalut seorang prajurit raksasa dari negeri Filistin, sanggup melunakkan besi dengan tangan kosong. 
* Ibrahim - tidak hangus dibakar, karena api yang membakarnya berubah menjadi dingin. 
* Yusuf - memiliki ketampanan luar biasa dan mampu mentakwilkan mimpi - mimpi. 
* Shaleh - unta betina yang tidak boleh disembelih, sebagai hujjah atas kaumnya.
* Yunus boleh hidup di dalam perut ikan nun selama tiga hari. 
* Sulaiman - boleh berbicara dalam bahasa haiwan, menguasai bangsa jin, mampu menundukkan angin, memiliki permadani yang terbuat dari sutera hijau dengan benang emas dengan ukuran 60 mil panjang dan 60 mil lebar. 
* Musa mempunyai tongkat, tangan, belalang, kutu, katak, darah, taufan, laut, dan peristiwa-peristiwa di Bukit Thur. 
* Isa - berkemampuan menyembuhkan orang buta, menyembuhkan penderita kusta dan menghidupkan orang mati.
* Muhammad -  Isra dan Mi’raj, membelah bulan untuk membuktikan kenabiannya terhadap orang Yahudi, bertasbihnya kerikil di tangannya, batang kurma yang menangis, pemberitaan Muhammad tentang peristiwa-peristiwa masa depan ataupun masa lampau, tetapi mukjizat yang terbesar adalah Al-Qur’an.

Pengertian Mukjizat

Mukjizat merupakan kejadian atau kelebihan di luar akal manusia yang tidak dimiliki oleh siapapun, kerana mukjizat hanya dimilki oleh para rasul yang diberikan oleh Allah kepada para rasul-Nya. Sedangkan apabila ada seseorang yang memilki sesuatu yang luar bisa itu tidak bisa dikatakan sebagai mukjizat melainkan karomah. Kemudian ada pula istilah irhasat dan khawariq, irhasat adalah pertanda yang terjadi untuk menunjukkan tanda kelahiran seorang nabi (sebelum kenabian). Sedankan khawariq adalah kejadian yang terjadi dalam keadaan yang luar biasa.


Mukjizat biasanya berisi tentang tentangan terhadap hal-hal yang sedang menjadi pada zaman diturunkannya mukjizat tersebut. Misalnya pada zaman Musa, yang sedang terjadi adalah ilmu sihir maka dengan mukjizat tongkat Musa bisa berubah menjadi ular dan mengalahkan ilmu sihir orang lain yang ada di sekitarnya. Juga pada zaman Isa,yang sedang berkembang adalah ilmu kedoktoran dan perubatan, maka pada saat itu mukjizat Isa adalah bisa menghidupkan orang yang sudah meninggal yang merupakan puncak dari ilmu perubatan.

Demikian juga pada zaman Muhammad, yang sedang berkembang adalah ilmu sastra. Maka disaat itulah diturunkan Al-Qur’an sebagai mukjizat Muhammad. Nabi yang pada saat itu tidak bisa membaca dan menulis tapi boleh menunjukkan Al-Quran yang diyakini oleh umat Muslim, memiliki nilai sastra tinggi, tidak hanya dari cara pemilihan kata-kata tapi juga kedalaman makna yang terkandung di dalamnya sehingga Al-Quran dapat terus digunakan sebagai rujukan hukum yang tertinggi sejak zaman masa hidup nabi sampai nanti di akhir zaman.

Soalan - soalan bagi tajuk Sami'yat

Hari ini ustazah ada soalan bagi murid - murid. Semua anak murid ustazah sudah bacakan tajuk sami'yat? Jika muri - murid tidak tahu,kamu semua boleh rujuk pada blog pendidikan ustazah ini. Di sini ustazah akan memberi beberapa soalan, dan kamu semua jawab didalam kertas. Bila kelas ustazah ada nanti hantar pada hari tersebut.

1.  Apakah pengertian sami'yat ?

2.  Berikan beberapa contoh - contoh sami'yat ?

3.  Wajib bagi seseorang muslim percaya pada hari kiamat, 
sila berikan hikmah beriman pada hari kiamat ?

4.  Apakah kesan jika kita tidak beriman kepada sami'yat ?

5.  Pilih yang manakah betul.

A. Alam barzah - alam kubur    

B. Mizan - alat timbangan amalan  

C. Masyar - tempat berkumpul semua orang

D. Sirat - siksaan bagi orang yang melakukan dosa

Tuesday 6 December 2011

Kesan Tidak Beriman kepada Sam'iyat

Ia dikenali dengan perkara ‘sam’iyat’ iaitu perkara yang hanya diketahui melalui perkhabaran, tidak dapat dilihat oleh mata dan tidak terfikir akal. Beriman kepada alam ghaib adalah ciri orang beriman.

Allah berfirman yang bermaksud: “Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (mengenai datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang beriman kepada perkara ghaib dan mendirikan solat serta membelanjakan sebahagian daripada rezeki yang kami berikan kepada mereka.”

Walaupun ada sesetengah agama mempercayai adanya kebangkitan selepas kematian di alam roh tetapi mereka menyeleweng daripada konsep dipegang Islam. Sebahagian lagi terus kufur dan menolak kerana mereka berdasarkan logik serta akal fikiran semata-mata, menganggap bahawa hidup hanya di atas dunia ini saja.

Golongan itu dijelaskan Allah dalam firman yang bermaksud:
“Dan tidakkah manusia fikirkan bahawa Kami jadikan dia dari setitik mani, tetapi tiba-tiba ia (jadi) pembantah yang nyata.” – (Surah Yasin, ayat 77)

Jika ia beriman dan beramal salih, maka diberikan taufik oleh Allah menjawab persoalan dengan mudah. Kemudian dibuka baginya pintu syurga dan diperlihatkan syurga ke atasnya dan berbahagialah dia sehingga hari kiamat. Namun jika orang itu kafir atau munafik, mereka akan menjawab tidak tahu. Lalu akan menerima seksaan kubur yang dahsyat. Suara teriak mereka dapat didengar oleh makhluk lain kecuali manusia dan jin.

Persoalan kubur tidak terkecuali bagi setiap orang yang meninggal dunia sama ada mereka mati di bumi, laut atau angkasa. Mengenai gambaran azab dan seksa kubur itu dalam pelbagai cara seperti dijelaskan ulama.

Alam sesudah mati ini memberi peringatan bahawa tidak selamanya kita akan kekal di muka bumi ini. Lambat laun kita juga mengikut jejak langkah mereka yang dulu menempuh alam barzakh. Semoga ia memberi keinsafan kepada kita untuk menyediakan bekalan terbaik untuk bekalan akhirat.

Kesimpulan yang boleh dibuat manusia di dunia ini diklasifikasikan dalam tiga golongan iaitu mereka yang beriman dengan adanya alam ghaib melalui as-samiyat, percaya ada alam ghaib berdasarkan kepercayaan dan kufur dengan alam ghaib.

Contoh2 Perkara Sam’iyat:

1. Alam Barzah - alam kubur

2. Soalan kubur - soalan yang ditanya oleh malaikat munkar dan nakir

3. Nikmat kubur : nikmat kepada orang yang mentaati perintah Allah

4. Azab kubur : siksaan kepada orang yang banyak melakukan dosa
 
5. Mahsyar : tempat berkumpul selepas dibangkitkan semula
 
6. Mizan : Alat timbangan amalan
 
7. Sirat : titian yang merentangi neraka untuk memasuki ke syurga
 
8. Syurga : tempat ganjaran bagi orang yang mentaati perintah Allah
 
9. Neraka : tempat siksaan bagi orang yang melanggar perintah Allah

5 Tujuan-Tujuan/Hikmat beriman kepada Hari Qiamat:

1.Untuk menunjukkan keagungan Allah

2.Supaya manusia berbuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan

3.Supaya manusia sedar bahawa hidup didunia hanya sementara dan yg kekal abadi ialah di akhirat.

4.Supaya manusia tabah dan tidak putus asa dengan dugaan kerana dia yakin bahawa dia akan mendapat balasan baik di akhirat kelak

5.Supaya manusia beriman dan bertakwa kepada Allah dengan khusyu dan tawaddu'

6.Menguji keimanan manusia dengan perkara-perkara samiyat

Perkara Sam'iyat

Pengertian Sam’iyat ialah perkara yang tidak dapat digambarkan dengan pancaindera manusia dan hanya dapat diketahui melalui al-quran dan al-hadis. Samiyat ialah perkara yg ghaib yg dijadikan oleh Allah yang didengar daripada rasulullah melalui Al-Quran dan Hadith dan kita terus sahaja mempercayainya kerana akal fikiran manusia tidak dapat memikirkn hakikatnya.
Dalil kewajipan beriman dengan perkara sam’iyat seperti firman Allah yang bermaksud:
” (Orang yang bertaqwa) ialah orang yang beriman dengan perkara-perkara ghaib” - surah al baqarah
Contoh Samiyyat: Alam kubur, Neraka, Syurga,Mizan, Siratul Mustaqim  dan sebagainya

Wednesday 30 November 2011

Berlakunya Syirik



Syirik ini boleh berlaku melalui salah satu daripada tiga keadaan iaitu :
 
1. Menerusi i’tiqad seperti meragui atau menafikan kewujudan Allah. Justeru, mana-mana fahaman yang meragui dan menafikan kewujudan Allah seperti fahaman komunis dan ateis adalah jelas syirik.

2. Menerusi perbuatan atau amalan tertentu seperti menyembah patung, berhala, batu, pokok, matahari, bulan bintang atau objek tertentu. Perbuatan memuja nasib dan meminta nombor ekor di kubur tertentu atas dakwaan kubur itu keramat juga adalah unsur syirik. Bahkan ulama menjelaskan perbuatan terlalu memuja dan mendewakan orang atau pemimpin tertentu juga adalah perbuatan syirik.

3. Menerusi lidah atau perkataan seperti menghalalkan perkara haram dan mengaku keluar daripada agama Islam. Termasuk dalam kategori ini ialah perkataan yang boleh menyebabkan terbatal syahadah seseorang Muslim.

Implikasi & Kesan Amalan Syirik



Perbuatan mensyirikkan Allah s.w.t. dengan sesuatu sangat dilarang oleh Islam. Oleh sebab itu, setiap individu muslim hendaklah menjauhi diri daripada perbuatan tersebut supaya selamat di dunia dan di akhirat.




Syirik mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada individu dan masyarakat, sebagaimana berikut :


A. Terhadap Individu :




1. Membatalkan iman;
2. Hilang keyakinan terhadap kekuasaan Allah s.w.t.;
3. Dibenci oleh umat Islam yang lain;
4. Dimurkai Allah s.w.t.;
5. Menafikan kekuasaan Allah s.w.t.

B. Terhadap Masyarakat :

1. Akidah masyarakat akan menjadi rosak;
2. Maruah masyarakat Islam akan dipandang rendah dan tercemar;
3. Menimbulkan permusuhan dalam masyarakat;
4. Masyarakat Islam akan menjadi lemah.

Kesimpulan :
   


Wahai saudara seIslamku sekalian. Saya amat berasa sedih kerana masih terdapat segelintir di dalam masyarakat Islam kita yang sanggup melakukan perkara-perkara seperti ini.
   Sebenarnya para ustaz dan ustazah telah menerang serta memperjelaskannya secara terperinci di setiap sekolah di seluruh Malaysia dalam sistem pendidikan negara kita. Namun, perbuatan ini tetap juga berlaku. Dimanakah kesilapannya ? Adakah mereka ini suatu ketika dahulu di zaman pelajar sekolah adalah pelajar-pelajar yang ibarat menerima ilmu "masuk telinga  kanan, keluar telinga kiri ?
     Perbuatan syirik adalah dosa besar yang boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam dan boleh jatuh kafir. Amalan syirik merupakan amalan orang kafir yang sentiasa mensyirikkan Allah s.w.t. dengan sesuatu.
   Oleh itu, bersegeralah bertaubat nasuhah tanpa mengulangi perbuatan tersebut. Mudah-mudahan Allah s.w.t. menerima taubat kita. Amin..
   Harapan saya ialah agar umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan hendaklah bertakwa (takut) kepada Allah s.w.t. Apatah lagi, jika kita sebagai ahli politik. Ini penting kerana disebabkan perbuatan kita tersebut (mensyirikkan Allah s.w.t.), maka ianya juga boleh menyebabkan pengikut kita menjadi sesat lagi menyesatkan.

Contoh Perbuatan Syirik Yang Sering Dilakukan Dalam Masyarakat



Pertama : Memohon hajat di kubur yang dianggap keramat dan boleh menunaikan sesuatu hajat.

Kedua : Percaya pada kuasa lain boleh menyembuhkan penyakit. Seperti kita berkeyakinan bahawa doktor atau pawang atau bomoh atau ustaz yang mengamalkan perubatan Islamlah yang menyembuhkan penyakit. Sedangkan yang menyembuhkan adalah Allah s.w.t. Adapun ubat, doktor, ustaz perubatan Islam, bomoh dan pawang hanyalah penyebab penyakit kita menjadi sembuh. Manakala yang menyembuhkan sebenarnya ialah Allah S.W.T dengan keizinan-Nya.

Ketiga : Bersekongkol atau turut serta dalam upacara ibadah agama lain yang sesat lagi menyesatkan. Malah turut serta melakukan upacara yang syirik tersebut.

Keempat : Percaya dan yakin pada ilmu sihir atau ilmu hitam serta beramal dengannya.

Kelima : Percaya pada tangkal azimat yang dapat menyembuhkan penyakit atau dapat melindungi kita daripada malapetaka.

Cara Mengelakkan Perbuatan Syirik



Pertama : Umat Islam hendaklah sentiasa didedahkan dengan ajaran Islam secara meluas yang merangkumi semua bidang kehidupan.


Kedua : Menanamkan keyakinan yang teguh terhadap kekuasaan Allah s.w.t. pada jiwa individu muslim sejak kanak-kanak lagi.


Ketiga : Mendidik masyarakat Islam supaya mereka mempelajari ilmu agama secukunya. Menuntut ilmu agama adalah wajib bagi setiap muslim sehinggalah ke akhir hayat.


Keempat : Umat Islam hendaklah diberitahu tentang kesan buruk perbuatan syirik.


Kelima : Menerapkan akhlak-akhlak mahmudah supaya menjadi amalan dan penghayatan dalam kehidupan harian.


Keenam : Menghapuskan tempat-tempat yang menjadi punca masyarakat melakukan syirik.


Ketujuh : Sentiasa berwaspada dengan helah-helah ajaran agama lain dalam negara.

Tuesday 29 November 2011

Contoh - Contoh Syirik








Jenis - Jenis Syirik

    
 Syeikh Sulaiman bin Abdullah telah membahagikan syirik itu kepada empat bahagian iaitu Syirik Rububiyyah, Syirik Asma’, Syirik Sifat dan Syirik Ubudiyyah.

     Bentuk Syirik Rububiyyah ialah mempersekutukan Allah dalam pentadbiran alam ini iaitu, Pertama – Menafikan Allah sebagai pentadbir alam ini sebagaimana ucapan yang dilafazkan oleh firaun yang termaktub di dalan Al-Quran yang bermaksud:” (Firaun berkata) akulah tuhan kamu yang tertinggi”. Surah An-Nazi’aat ayat 24. Kedua – Mengiktiraf adanya kuasa selain Allah yang mengurus alam ini.

     Manakala Syirik Asma’ dan Sifat iaitu menyamakan sifat-sifat Allah dengan sesuatu yang lain, sama ada dalam bentuk tindakan atau percakapan. Ia juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu, Pertama – Menyamakan Allah dengan makhluk seperti pendapat yang mengatakan tangan Allah seperti tangan makhluk, pandangan dan pendengaran Allah sama seperti pendengaran manusia sedangkan Allah bersifat sempurna sebagaimana firmannya yang bermaksud: “Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengannya”. Kedua – Menyatakan sifat Allah S.w.t. kurang atau lemah yang nyata bertentangan dengan sifat Allah s.w.t., Yang Lengkap lagi Maha Tinggi.


kubur
      Syirik Ubudiyyah iaitu syirik dari segi penyembahan yang banyak berlaku dalam masyarakat kita sama ada disedari atau tidak iaitu: Pertama – Menyembah selain Allah. Meminta dan bergantung harap kepada selainnya seperti meminta sesuatu kepada pokok, busut, kubur keramat, pantai dan lain-lain lagi. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Sembahlah Allah dan jangan kamu menyekutukan sesuatu pun denganNya”. Surah An-Nisa’ : Ayat 36.

     Kedua – Beribadat dengan tidak ikhklas (riak). Ia beribadat mungkin kerana kepentingan diri, mencari nama, pangkat, pengaruh dan sebagainya. Ia juga disebut sebagai syirik kecil. Dalam satu peristiwa yang diriwayatkan oleh Ibnu Majjah dan Al-Hakim, seorang sahabat bernama Syaddadi bin Aus telah menemui Rasulullah s.a.w. pada suatu malam dan mendapati baginda sedang menangis, lalu ia pun bertanya :” Kenapa Rasulullah s.a.w. menangis?,. Baginda menjawab:” Aku takut umatku ditimpa syirik walhal mereka bukan menyembah berhala, tidak pula menyembah bulan dan matahari atau batu, hanya kerana mereka berlaku riak dalam mengerjakan amalan”.
.
    Menurut Dr Yusuf Al-Qardawi, syirik terdiri dari dua jenis, dikenali dengan syirik akbar dan syirik asghar. Syirik Akbar ialah syirik yang tidak diampunkan oleh Allah dan pelakunya tidak akan dimasukkan sama sekali ke syurga. Manakala Syirik Asghar pula adalah di antara dosa-dosa besar yang dikhuatiri orang yang melakukannya dan yang berterusan melakukannya akan membawa kepada mati di dalam keadaan kafir jika Allah tidak memberi pertolongan dengan rahmat-Nya sekiranya dia tidak bertaubat sebelum mati.

Dalil Syirik



Firman Allah s.w.t.:

فَلَا تَجۡعَلُواْ لِلَّهِ أَندَادً۬ا وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ…….


“Maka janganlah kamu membuat sekutu untuk Allah padahal kamu mengetahui (bahawa Allah adalah maha Esa)” Surah Al Baqarah : Ayat 22




Syirik / menyekutukan Allah adalah dosa yang paling besar




“Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah ialah Al-Masih putera Maryam”, padahal Al-Masih (sendiri) berkata: “Hai Bani Israil, sembahlah Allah Rabbku dan Rabbmu”. Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun.Surah Al Ma’idah : Ayat 72



“Nabi S.A.W ditanya tentang dosa apa yang paling besar, Beliau bersabda, “engkau menyeru sekutu Allah sedang Dia telah menciptakan kamu”. Hadith Riwayat Muslim

“Dosa yang paling besar dari dosa-dosa besar adalah menyekutukan Allah.” Hadith Riwayat Bukhari

Saturday 26 November 2011

Pengertian Syirik



“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.”
(QS. An Nisa’: 48)



 Syirik adalah menyamakan selain Allah dengan Allah pada perkara yang merupakan hak istimewa-Nya. Hak istimewa Allah seperti: Ibadah, mencipta, mengatur, memberi manfaat dan mudharat, membuat hukum dan syariat dan lain-lainnya.

Syirik adalah mensejajarkan selain Allah dengan Allah dalam hal–hal yang merupakan kekhususan bagi Allah. Kekhususan Allah meliputi tiga hal rububiyah, uluhiyah, dan asma’ dan sifat.

bahagian syirik



Syirik Akbar Jali (terang) dan Khafi (tersembunyi)


      Syirik Akbar terbahagi kepada dua iaitu Syirik Akbar Jali (terang) dan Syirik Akbar Khafi (tersembunyi). Syirik akbar yang terang ialah beribadah kepada satu tuhan atau beberapa tuhan di samping Allah SWT sama ada tuhan tersebut berbentuk objek seperti  matahari, bulan atau benda mati seperti berhala atau batu ataupun tuhan tersebut berbentuk binatang seperti anak lembu atau bapak lembu atau tuhan yang berbentuk manusia seperti Firaun yang mendakwa dirinya tuhan.




  •   Syitik AKbar Khafi
        Syirik ini berlaku dalam bentuk percampuran antara amalan yang berunsurkan kekufuran dengan amalan yang berunsurkan Islam serta dicampur dengan kepercayaan karut marut berkaitan kekuasaan sesuatu benda yang menyerupai kuasa Allah SWT. Percampuran ini menyebabkan kecelaruan dalam akidah seseorang kerana hak-hak Allah SWT diberikan atau dikongsikan kepada makhluk-makhluk ciptaan Allah seperti kekuasaan, pengabdian, pertolongan perlindungan, keikhlasan, sifat-sifat kesempurnaan dan sebagainya. Perkara-perkara ini jika tidak diteliti menyebabkan seseorang terjerumus dalam perangkap syaitan dan dibimbangi pelakunya mati dalam keadaan kufur kepada Allah SWT jika tidak sempat bertaubat.


     Contohnya bersumpah dengan yang lain daripada Allah seperti bersumpah  dengan nama nabi, Kaabah, wali, orang-orang soleh dan sebagainya. Ini  kerana manusia hanya layak bersumpah dengan nama Allah sahaja. Bersumpah dengan nama-nama makhluk adalah tidak layak bagi manusia kerana dikhuatiri ia menyamakan makhluk dengan penciptanya. Manakala amalan-amalan yang turut membawa kepada syirik akbar adalah seperti memakai tangkal dengan tujuan menolak kemudaratan atau mendatangkan sesuatu keuntungan dengan pergantungan kepada tangkal tersebut, menggunakan jampi mantera yang mengandungi permohonan pertolongan atau perlindungan daripada selain Allah, mempercayai ramalan ahli nujum atau mengamalkan ilmu nujum, bernazar kepada selain Allah, terlalu mengagungkan sesuatu sama ada nabi, rasul, tempat-tempat tertentu atau objek tertentu sehingga menyamai salah satu sifat Allah SWT dan amalan-amalan lain seumpamanya.
     


  •  Syitik Asghar




 Ianya adalah di antara jenis-jenis dosa besar bahkan lebih besar di sisi Allah daripada dosa-dosa besar yang lain.
    
       Syirik asghar adalah syirik yang tersembunyi kerana kadang kala tidak disedari oleh orang yang melakukan perkara tersebut. Syirik ini banyak bersangkutan dengan amalan hati seseorang. Ia terjadi apabila sesuatu amalan ketaatan dikerjakan dengan niat yang tidak ikhlas kerana Allah SWT seperti hanya menunjuk-nunjuk kepada orang ramai, mendapat pujian dan sanjungan bagi sesuatu tujuan seperti perniagaan dan perkahwinan serta tujuan-tujuan yang seumpamanya.

        Melihat kepada situasi hari ini, ternyata amalan mensyirikkan Allah sama ada syirik jali atau khafi berlaku secara sedar atau tidak. Walaupun daripada kalangan orang Islam tidak menyembah berhala, tetapi mereka terdedah kepada perbuatan syirik. Gejala syirik khafi tidak kurang hebatnya dengan berleluasanya gejala riak, beramal untuk manusia, perasaan dengki, mengharap redha manusia, bermuka-muka, tidak ikhlas, tathoyyur (merasa sial kerana melihat sesuatu), meninggalkan solat kerana malas, menandakan amalan syirik memang menguasai hidup umat Islam kini.

Perkara Yang Boleh Membawa Kepada Syirik


  •  Terlalu agungkan orang yang soleh.    
  •    Penyembahan kubur atau melakukan ibadat di perkuburan (dilarang). 





  • Mengakui adanya Tuhan yang berkuasa selain Allah.
  • Memakai gelang dan benang untuk menolak bala.
  • Menganggap bulan Safar pembawa bala (Kepercayaan Jahiliyah)
  • Mempercayai kebolehan tangkal, azimat dan jampi.                                           









  • Mengambil berkat dari batu dan pohon
  • Riya' ( syirik kecil )
  • Menyamakan Allah dengan makhluknya.
  • Menyembah patung.